Isnin, 11 September 2017



Sembah Takziah إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlisha. Semoga roh nya dicucuri rahmat Allah SWT hendak nya. 

Hari ni SOUTH CITY AGENCY nak lanje kawan2 semua Biodata Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj Al,arhum Sultan Badlisha.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Tuanku Abdul Halim adalah anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.


Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Baginda dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949 pada usia 21 tahun ketika masih berada di United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran dan kemudian ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-27 pada 20 Februari 1959.

Pada 21 September 1965, Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-4 bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin.

Pada mesyuarat Majlis Raja-Raja, Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 untuk tempoh dari 23 Julai 1970 hingga 21 September 1975.

Pada 13 Disember 2006, baginda sekali lagi dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Halim juga menjalankan tugas sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong selama sebulan iaitu pada 26 Januari hingga 26 Februari 2010 berikutan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menjalani rawatan fisioterapi di Jerman.

Tuanku Abdul Halim memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Lulusan Wadham College Oxford, United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah pada 1950-an.

Baginda pernah dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Kor Peninjau Malaysia pada 23 Mac 1966 sehingga tarikh baginda dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5.

Dengan pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Antara hobi Tuanku Abdul Halim ialah fotografi dan mengumpul burung eksotik di istana baginda, membaca, bersukan dan muzik.

Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun yang diputerikan pada 15 Julai 1953, di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan adalah anak kelima daripada tujuh beradik.

Tuanku Haminah menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak sebelum ke Sekolah Menengah Bagan Serai dan aktif dalam bidang sukan termasuk skuasy, golf, tenis dan badminton serta meminati muzik.

Tuanku Haminah bertemu jodoh dengan Tuanku Abdul Halim pada 25 Disember 1975 dan dianugerahkan gelaran Sultanah Kedah pada 9 Januari 2004 dalam satu istiadat di Istana Anak Bukit, Alor Setar selepas kemangkatan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dilantik sekali lagi oleh Raja-Raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja, 14 Oktober 2011.

Pemilihan baginda untuk tempoh lima tahun mulai 13 Disember 2011, menjadikan Tuanku Abdul Halim, Raja yang pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua.

Baginda menggantikan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Biodata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

* Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah.

* Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah, Kolej Sultan Abdul Hamid, Ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom.

* Pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957.

* Menaiki takhta pada 15 Julai 1958.

* Ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 1959.

* Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.

* Permaisuri Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman (mangkat pada 26 Ogos 2003).

* Sultanah Haminah Hamidun (ditabalkan Sultanah pada 9 Januari 2004).

* Dikurniakan tiga orang puteri, Puteri Tunku Soraya, Datuk Seri Diraja Tunku Sarina (kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31 tahun) dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.

* Hobi membaca buku dan bermain golf.

Semoga Roh Nya Di cucuri Rahmat.. Alfatihah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan