Sembah Takziah Ψ₯ِΩَّΨ§ ΩΩΩِ ΩَΨ₯ِΩَّΩΨ§ Ψ₯ِΩَΩْΩِ Ψ±َΨ§Ψ¬ِΨΉΩΩَ
Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan
Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlisha. Semoga roh nya dicucuri rahmat Allah SWT hendak nya.
Hari ni SOUTH CITY AGENCY nak lanje kawan2 semua Biodata Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj Al,arhum Sultan Badlisha.
Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah diputerakan pada 28 November 1927 di
Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, Tuanku Abdul Halim adalah
anakanda ketiga Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah dan Almarhumah Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.
Baginda dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 6 Ogos 1949 pada usia 21
tahun ketika masih berada di United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran
dan kemudian ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-27 pada 20 Februari
1959.
Pada 21 September 1965, Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Timbalan Yang
di-Pertuan Agong ke-4 bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan
Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin.
Pada mesyuarat Majlis Raja-Raja, Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai
Yang di-Pertuan Agong ke-5 untuk tempoh dari 23 Julai 1970 hingga 21
September 1975.
Pada 13 Disember 2006, baginda sekali lagi dilantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku Abdul Halim juga menjalankan tugas sebagai Pemangku Yang
di-Pertuan Agong selama sebulan iaitu pada 26 Januari hingga 26 Februari
2010 berikutan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
menjalani rawatan fisioterapi di Jerman.
Tuanku Abdul Halim memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu
Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid,
Alor Setar.
Lulusan Wadham College Oxford, United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial
dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri
Kedah pada 1950-an.
Baginda pernah dilantik menjadi Kolonel Yang Di-Pertua Kor Peninjau
Malaysia pada 23 Mac 1966 sehingga tarikh baginda dipilih menjadi Yang
di-Pertuan Agong ke-5.
Dengan pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Antara hobi Tuanku Abdul Halim ialah fotografi dan mengumpul burung eksotik di istana baginda, membaca, bersukan dan muzik.
Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun yang diputerikan pada 15 Julai
1953, di Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan adalah anak kelima daripada
tujuh beradik.
Tuanku Haminah menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Matang
Jelutong, Bagan Serai, Perak sebelum ke Sekolah Menengah Bagan Serai dan
aktif dalam bidang sukan termasuk skuasy, golf, tenis dan badminton
serta meminati muzik.
Tuanku Haminah bertemu jodoh dengan Tuanku Abdul Halim pada 25 Disember
1975 dan dianugerahkan gelaran Sultanah Kedah pada 9 Januari 2004 dalam
satu istiadat di Istana Anak Bukit, Alor Setar selepas kemangkatan
Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dilantik sekali lagi oleh Raja-Raja
Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, pada mesyuarat khas Majlis
Raja-Raja, 14 Oktober 2011.
Pemilihan baginda untuk tempoh lima tahun mulai 13 Disember 2011,
menjadikan Tuanku Abdul Halim, Raja yang pertama menjadi Yang di-Pertuan
Agong untuk kali kedua.
Baginda menggantikan Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin yang
tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Biodata Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
* Diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Kedah.
* Pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi
Gajah, Kolej Sultan Abdul Hamid, Ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran
Awam dari Wadham College, Oxford, United Kingdom.
* Pemangku Sultan Kedah pada Mac 1957.
* Menaiki takhta pada 15 Julai 1958.
* Ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28 pada 1959.
* Yang di-Pertuan Agong kelima bagi tempoh 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.
* Permaisuri Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman (mangkat pada 26 Ogos 2003).
* Sultanah Haminah Hamidun (ditabalkan Sultanah pada 9 Januari 2004).
* Dikurniakan tiga orang puteri, Puteri Tunku Soraya, Datuk Seri Diraja
Tunku Sarina (kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos 1991 pada usia 31
tahun) dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
* Hobi membaca buku dan bermain golf.
Semoga Roh Nya Di cucuri Rahmat.. Alfatihah....